SELAMAT DATANG TADIKA AGAMA JOHOR DAERAH SEGAMAT

Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI TAJ






GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI TAJ

KONVOKESYEN TAJ

diadakan pada 4 oktober 2010 di dewan serbaguna Chaah.
sila klik

VISI TAJ

MENYEDIAKAN SISTEM PENDIDIKAN DAN MENGURUSKAN DENGAN SEMPURNA UNTUK MELAHIRKAN GENERASI MUSLIM YANG SOLEH DAN SOLEHAH SERTA MENGAMALKAN ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP.

MISI TAJ

  1. Menguruskan pencapaian ilmu pengetahuan pendidikan islam secara sistematik.
  2. Mewujudkan program-program pendidikan islam yang terancang dan berkesan.
  3. Menyediakan prasarana pendidikan yang sempurna.
  4. Menyediakan para pendidikan yang berkelayakan dan berwibawa.
  5. Memastikan pengurusan kemahiran membaca al-Quran, penulisan jawi, pengamalan ajaran islam dalam jiwa murid-murid.

KEISTIMEWAAN TAJ

  • Menguasai kemahiran asas al-Quran, jawi dan fardu ain.
  • Mengamalkan budaya hidup islam.
  • Menguasai asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

KURIKULUM

 Kurikulum Prasekolah Pendidikan TAJ disediakan    berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.
          Kurikulum TAJ juga bakal melahirkan satu program baru iaitu  PINTAR AL-QURAN yang akan mula dilaksanakan pada Januari 2010

    OBJEKTIF

    • Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan Al-Quran dan dapat mengenal huruf hijaiyyah dengan baik.
    • Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa dan negara.
    • Menanam kemahuiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains.
    • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
    • Membentuk konsep diri yang positif serta memupuk semangat bergaul disamping menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain.